Copyright © 2010 International Islamic Research Academy Sdn Bhd. All Rights Reserved.
LATAR BELAKANG
INTERNATIONAL ISLAMIC RESEARCH ACADEMY (I-IRA) SDN. BHD. telah ditubuhkan pada 7hb November 2006 untuk menyediakan produk perkhidmatan yang unggul terutamanya untuk menjadi:
  • Akademi Latihan dan Perunding Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Ilmu dan Kemantapan Skill
  • Pusat Pembangunan Standard dan Sistem Penyelidikan
  • Pusat Maklumat Kepakaran

Adalah menjadi tanggungjawab I-IRA untuk menjadi satu syarikat yang berjaya dan penggerak dalam membangun, menyediakan perkhidmatan dan produk yang diperlukan dan terkini untuk meningkatkan keupayaan ilmu.

Selaras dengan hasrat Malaysia untuk mengembangkan modal insane dalam pelbagai bidang kepakaran, I-IRA menyediakan latihan, penyelidikan dan kepakaran untuk melahirkan insan kelas pertama yang mahir di pelbagai cabang kemahiran ilmu dan skill, untuk memantapkan lagi kemajuan tamadun dalam pelbagai dimensi yang diperlukan oleh ummah.

OBJEKTIF
I-IRA mengamalkan falsafah CRYSTAL

Commited - Komited kepada pelanggan dan tugasan
Ready - Sedia kepada perubahan dalam mencapai kejayaan
Yourself - Mengutamakan anda
Strive - Usaha dengan penuh dedikasi dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik
Together - Bersama membuat perubahan dan bersama melangkah ke hadapan
Ability - Mampu menyediakan perkhidmatan dengan mengamalkan komsep 3E's (cekap, berkesan dan ekonomi
Leardership - Di bawah kepimpinan yang berwibawa


VISI
- Melahirkan produk-produk penyelidikan bertaraf antarabangsa untuk dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan tamadun ummah.
- Memanfaatkan kemahiran, keilmuan dan keintelektualan dari kalangan cendekiawan muslim untuk peningkatan taraf ummah supaya seimbang dengan arus globalisasi.
- Mewujudkan rangkain tempatan dan antarabangsa dalam bidang penyelidikan dan pembangunan ilmu seperti rangkaian di antara negara-negara Islam (OIC) dan lain-lain.
- Menjadi pusat kepakaran dalam bidang dengan menyediakan pangkalan data kepakaran dan juga maklumat-maklumat terkini untuk dimanfaatkan.

FALSAFAH
- Memperkasakan aktiviti penyelidikan dan menyebarluaskan hasil kajian dan bahan-bahan ilmiah untuk memantapkan perkembangan budaya ilmiah dan social selaras dengan hala tuju Malaysia untuk menjadi negara Islam yang termaju.
MISI
- Menjadikan I-IRA sebagai mekanisma terpenting untul memartabatkan kembali kegemilangan dan perkembangan pelbagai bidang ilmu selaras dengan matlamat Negara dan keperluan ummah.
- Menjadikan I-IRA pusat kepada perkembangan aktiviti penyelidikan yang menyeluruh dalam semua aspek pembangunan ummah dan modal insan.
- Menjadi pusat kepada aktiviti penyelidikan dan latihan yang terunggul untul menghasilkan insan yang berkaliber dalam semua bidang penyelidikan bertaraf antarabangsa.

.: WELCOME TO I-IRA WEBSITE:. INTERNATIONAL ISLAMIC RESEARCH ACADEMY - "WHERE THE STANDARD BECOMES REALITY"